Monday, 26 November 2018
Thursday, 22 November 2018
Monday, 5 November 2018
Abah
Abah, aku takut. Aku takut akan kehilanganmu. Usia abah semakin lanjut. Aku takut. Semoga abah sentiasa dipanjangkan umur.
Sem Tiga
Di sebalik senyuman ini, terdapat banyak cerita yang ingin ku ungkapkan. Namun, aku lebih suka memilih untuk berdiam diri.
Saturday, 3 November 2018
Fakta
Kita selalu membuang masa. Ada banyak masa yang terluang tapi kita sering menggunakan masa dengan hanya benda-benda yang tidak berfaedah. Tidak usah pergi jauh, cukup sahaja melihat diri sendiri.
Ajal atau Jodoh?
Ajal, jemputlah aku disaat aku betul-betul bersedia. jangan menjemputku disaat aku sedang bergelumang di dalam dosa. Disaat aku lalai dengan duniawi. Jemputlah aku saat aku sedang beribadah dan mengingatiNya. Aku tidak mahu meletakkan kakiku ke neraka, tetapi aku merasa tidak layak menjadi ahli syurga yang indah itu.
Jodoh, dimana kamu sekarang? Aku sentiasa memikirkan mu. saat aku menemukan setiap insan, aku sentiasa terbayang, inikah jodohku? Setiap hari aku menadah tangan untuk menemukan aku dengan jodoh yang baik, yang mampu membimbing aku menjadi insan yang solehah. Tetapi daya pemikiran aku terbatas dan tidak mampu melawan kuasa Allah SWT yang menentukan segalanya. Hanya DIA yang mengetahui.
Subscribe to:
Posts (Atom)

