Saturday, 3 November 2018

Ajal atau Jodoh?

Ajal, jemputlah aku disaat aku betul-betul bersedia. jangan menjemputku disaat aku sedang bergelumang di dalam dosa. Disaat aku lalai dengan duniawi. Jemputlah aku saat aku sedang beribadah dan mengingatiNya. Aku tidak mahu meletakkan kakiku ke neraka, tetapi aku merasa tidak layak menjadi ahli syurga yang indah itu.

Jodoh, dimana kamu sekarang? Aku sentiasa memikirkan mu. saat aku menemukan setiap insan, aku sentiasa terbayang, inikah jodohku? Setiap hari aku menadah tangan untuk menemukan aku dengan jodoh yang baik, yang mampu membimbing aku menjadi insan yang solehah. Tetapi daya pemikiran aku terbatas dan tidak mampu melawan  kuasa Allah SWT yang menentukan segalanya. Hanya DIA yang mengetahui.



No comments:

Post a Comment